JITRA — Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGGMKB) menawarkan sewaan bagi pengoperasian Hotel Darulaman Jitra yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra.
Menurut iklan rasmi koperasi, hotel ini mempunyai 49 bilik yang terdiri daripada 8 bilik standard, 21 bilik superior, 17 bilik deluxe dan 3 bilik suite.
Kemudahan Hotel
- Surau
- Kaunter 24 jam
- Kafeteria (D’aman Café)
- WiFi
- Bilik mesyuarat dan bilik seminar
Pihak yang berminat diminta mengemukakan surat tawaran sewaan berserta harga tawaran, profil syarikat atau individu dan penyata bank bagi tempoh tiga bulan.
Tarikh tutup tawaran yang dinyatakan dalam iklan rasmi ialah 30 Julai 2025. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul bertutup kepada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad.
