Konsep Tawarruq diiktiraf
Keuntungan yang mesra anggota
Bantuan & khairat khas
Proses permohonan mesra
Kemudahan kewangan Islam berasaskan akad Tawarruq untuk pelbagai keperluan anggota.
Skim pembiayaan kewangan peribadi berlandaskan konsep Tawarruq bagi menampung keperluan perbelanjaan, pendidikan, atau kecemasan anggota.
Skim khusus pembiayaan ibadah bagi menampung kos perjalanan Umrah dan Haji untuk anggota serta ahli keluarga terdekat dengan syarat yang dipermudah.
Kemudahan pembiayaan khas bagi membolehkan anggota menambah sumbangan modal yuran bulanan dalam koperasi demi memaksimumkan pulangan dividen tahunan.
Program prihatin dan perlindungan sosial khusus untuk menjaga kebajikan anggota dan keluarga.
Sumbangan kewangan ehsan sekiranya anggota dimasukkan ke wad hospital, mengalami keilatan, atau ditimpa musibah bencana alam.
Anugerah ganjaran wang tunai bagi meraikan kecemerlangan akademik anak-anak anggota yang mencatatkan keputuasan cemerlang dalam peperiksaan awam.
Sumbangan wang tunai segera kepada penama/waris terdekat sekiranya berlaku kematian anggota atau pasangan bagi meringankan beban pengurusan.